ARTIKEL

Tanrapijan (dua kiri) merakam kenangan bersama pihak PMU selepas taklimat tersebut.

Kejohanan Ragbi Mukah 10s 2024 pada 11-12 Mei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Kejohanan Ragbi Mukah 10s 2024 bakal diadakan pada 11 hingga 12 Mei ini di Padang Ragbi Politeknik Mukah (PMU).

Menurut satu kenyataan PMU, satu sesi taklimat berkenaan kejohanan tersebut telah diadakan dan disampaikan oleh Penasihat Persatuan Ragbi Bahagian Mukah, Tanrapijan Serakawi.

“Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk mencapai kata sepakat daripada pihak persatuan dan pihak PMU sebagai rakan strategik.

“Ini adalah penting bagi memastikan kelancaran penganjuran sepanjang kejohanan tersebut berlangsung kelak,” menurut kenyataan itu.

Taklimat tersebut telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Sophian Sout.

Di samping itu, pihak PMU menyeru kepada warganya untuk sama-sama hadir bagi memberi sokongan kepada pasukan PMU Penguins yang akan beraksi dalam kejohanan itu.

Hadir sama, Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan PMU, Fairose Mokhtar, Pegawai Belia dan Sukan PMU, Jeremy Luguh dan Pensyarah Kokurikulum Ragbi, Muhammad Kamil Jazli Abdul Wahab.

BERITA LAIN

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri