ARTIKEL

HEBAT...Ryoga Kho (kiri) dan Yoshi Kho (kanan).

Kejohanan Tenis Malaysia Master 2023: Ryoga, Yoshi pamer kehebatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Prestasi hebat dipamer dua pemain muda Sarawak, Ryoga Kho, 11 dan Yoshi Kho, 9 dalam kategori Lelaki Bawah 10 dan Bawah 12 Tahun pada Kejohanan Tenis Malaysia Master 2023 yang berlangsung di Pusat Tenis Nasional, Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.

Ryoga dan Yoshi mempamerkan kehebatannya pada aksi peringkat kumpulan (round-robin) menewaskan lawan hebat dari Johor dan Negeri Sembilan untuk ke separuh akhir. 

Bagaimanapun, Ryoga tunduk kepada juara yang juga pemain kelahiran Johor manakala Yoshi berjaya menewaskan lawan dari Johor dan Pahang untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir.

Persembahan membanggakan mereka sepanjang kejohanan terbabit membolehkan mereka mendapat pengiktirafan yang sewajarnya, sekali gus terpilih untuk berada dalam kelompok lapan terbaik.
 
Pencapaian kedua-dua pemain itu mara ke separuh akhir bukan sahaja menandakan bakat individu mereka tetapi juga meletakkan mereka dalam kalangan 4 pemain terbaik dalam kategori masing-masing.

Ketika kedua-dua adik-beradik itu terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam kerjaya tenis mereka, sokongan dan bantuan daripada semua pihak berjaya memainkan peranan penting dalam memupuk bakat, dedikasi dan semangat mereka dalam sukan ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU