ARTIKEL

Logo Wisma Putra tertera dalam gambar ini. | Bernama

Kekacauan di Iran: Rakyat Malaysia digesa tangguh perjalanan tidak penting – Wisma Putra

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar menggesa rakyat Malaysia supaya menangguhkan sebarang perjalanan tidak penting ke Iran buat sementara waktu susulan kekacauan yang semakin meluas di negara itu.

Dalam satu kenyataan media pada Ahad, kementerian itu yang juga dikenali sebagai Wisma Putra mengesahkan bahawa semua rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tehran berada dalam keadaan selamat dan pihak kedutaan sedang aktif menghubungi mereka bagi memastikan kesejahteraan serta menyampaikan maklumat terkini.

Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia yang menetap atau sedang mengembara di kawasan terjejas supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Rakyat Malaysia juga amat digalakkan untuk mendaftar kehadiran mereka dengan Kedutaan bagi memastikan komunikasi dapat dilakukan tepat pada masanya.”

Untuk bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tehran melalui telefon +98 21 8807 2444 / +98 21 8807 8606 atau telefon bimbit +98 933 535 2602 serta e-mel ke mwtehran@kln.gov.my / mwconsular.teh@gmail.com

Kementerian itu berkata menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, pihaknya terus memantau rapat keadaan kekacauan berkenaan dengan demonstrasi kini merebak ke seluruh negara. — Bernama

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)