ARTIKEL

Kekalahan keempat Kuching City B

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Skuad Kuching City (B) gagal memanfaatkan peluang beraksi dilaman sendiri selepas diaib dengan kekalahan tipis (1-0) ketika melayani kunjungan Perak FC II dalam saingan Piala MFL 2023 di Stadium Negeri, Petra Jaya semalam.

Jaringan tunggal pasukan pelawat menerusi Kamal Arif Azrai Shakimar pada minit ke-71 nyata membantut keinginan tuan rumah untuk memperoleh tiga mata penuh.

Dalam keadaan anak-anak buah Kamaruddin Anuar dilihat mempunyai lebih banyak peluang untuk menembusi gawang pasukan pelawat.

“Itulah bola sepak, kalau anda tidak dapat menjaringkan gol dalam keadaan mempunyai deretan peluang terhidang. Kesudahannya pasti kecewa, dengan kata lain terpaksa berputih mata,” ujar Kamaruddin yang ditemui Arena Suara Sarawak selesai perlawanan.

Beliau akui, barisan pemain sudah berusaha untuk mengatasi kemelut yang timbul sepanjang perlawanan. Namun, beberapa percubaan dilakukan tidak menepati sasaran.

Kamaruddin melihat dengan serius masalah berkenaan dan akan cuba mencari formula terbaik bagi mengatasinya.

Sekali gus, berharap masalah berkenaan tidak akan berulang pada perlawanan yang akan datang.

Ia merupakan kekalahan keempat Kuching City (B) selepas mengharung enam perlawanan setakat ini, dengan menggumpul empat mata.

The City Boys Junior akan menentang Negeri Sembilan di gelanggang lawan pada 11 Jun depan.

BERITA LAIN

PMNS komited perkasa pembangunan sukan Muaythai

BINTULU: Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) komited memperkasa pembangunan sukan Muaythai di negeri ini. Usaha ke arah itu tampak jelas apabila badan induk berkenaan menganjurkan

BERITA TERBARU