ARTIKEL

Kekalkan Anwar sebagai Perdana Menteri sehingga tempoh yang ditetapkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengekalan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dalam Kerajaan Perpaduan penting bagi memastikan tiada pertukaran pemimpin pada pertengahan penggal.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, keutamaan perlu diberikan kepada kesejahteraan rakyat, selain memastikan politik negara terus stabil sekali gus memulihkan ekonomi negara.

“Jika Perdana Menteri (Anwar) ditukar, saya yakin ia pasti akan berterusan dan lebih banyak lagi pertukaran kerajaan berlaku selepas itu.

“Maka, kekalkan Anwar sebagai Perdana Menteri untuk menerajui Kerajaan Perpaduan sehingga tamat tempoh penggal yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab salah satu soalan yang dikemukakan pada Sesi Townhall 7 Tahun Bersama YAB Premier di Satok Ballroom, Hikmah Exchange, di sini, pada Sabtu.

Jelasnya lanjut, kerajaan perlu dikekalkan seiring dengan amalan demokrasi yang dilaksanakan pada pilihan raya dan keputusan yang diperoleh perlu dibiarkan sehingga tamat tempohnya.

“Jika kerajaan sentiasa bertukar-tukar, keadaan politik di negara ini akan terus kucar-kacir dan rakyat yang akan menjadi mangsa keadaan,” tegasnya.

Dalam pada itu, Abang Johari menyifatkan dakwaan bahawa beliau dicalonkan sebagai Perdana Menteri seterusnya sebagai satu perkara yang pelik.

“Kita ukur baju di badan sendiri. Gabungan Parti Sarawak (GPS) hanya memiliki 23 Ahli Parlimen, jadi tidak mungkin saya akan bertahan lama untuk menerajui kerajaan menerusi Langkah Dubai,” katanya ringkas.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu