ARTIKEL

Kekang kegiatan jenayah kewangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KETIKA dunia masih tertumpu pada isu perang Israel-Gaza, scammer atau penipu pula dilihat semakin menjadi-jadi memperdayakan mangsa, demi mengaut keuntungan mudah.

Pelbagai bentuk penipuan dilakukan hingga mengakibatkan jumlah kerugian yang bukannya sedikit. Mangsanya pula tidak mengira usia dan latar belakang kerjaya.

Harga dan wang simpanan lesap sekelip mata manakala jumlahnya pula menjangkau sehingga ribuan dan jutaan ringgit.

Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, jenayah itu dilaporkan meningkat 13,703 kes membabitkan kerugian RM539 juta pada 2019, kepada 17,227 kes dengan kerugian RM511.2 juta (2020), sebanyak 20,701 kes dengan kerugian RM560.8 juta (2021), sebanyak 12,092 kes dengan kerugian RM414.8 juta Januari hingga Julai tahun lalu.

Walaupun 33,147 suspek telah dicekup dan 22,196 kes berjaya dituduh di mahkamah, sepanjang tempoh berkenaan, penjenayah seolah-olah tidak serik dan gentar apabila jumlah kes bukan sahaja makin mencanak tetapi juga menggunakan pelbagai taktik dan modus operandi baharu untuk memperdayakan mangsa.

Perkembangan yang semakin membimbangkan itu memaksa pihak berwajib melaksanakan pelbagai pendekatan untuk mengekang jenayah ini daripada terus menular.  

Baru-baru ini, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan lima langkah kawalan tambahan yang perlu diambil institusi kewangan bagi mengukuhkan perlindungan terhadap penipuan kewangan terutamanya dalam talian.

Antaranya memperkenalkan beberapa kawalan tambahan berikutan kaedah penipuan atau modus operandi yang diguna pakai oleh penjenayah berkaitan kewangan sentiasa berubahubah.

Pada masa yang sama, langkah kawalan tambahan turut digariskan termasuk peralihan penggunaan kata laluan sekali sahaja (OTP) melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada kaedah pengesahan yang lebih kukuh serta memperketatkan peraturan pengesanan penipuan dan bertindak menyekat transaksi yang disyaki terlibat dengan penipuan.

Selain itu, memang tidak dinafikan wujudnya keperluan untuk menyebar luas ilmu pengetahuan kepada masyarakat supaya mereka dapat mengelak daripada menjadi mangsa kegiatan jenayah yang boleh membawa impak negatif masyarakat.

Malah, kegiatan jenayah kewangan sebegini turut memberi kesan buruk dalam jangka panjang kepada ekonomi dan keselamatan negara.

Lebih membimbangkan, sejak akhir-akhir ini penjenayah menjadikan golongan muda sebagai sasaran terbaharu apabila ramai dalam kalangan mereka tertipu dengan tawaran pekerjaan di luar negara dengan gaji lumayan.

Dari sudut lain, mereka juga dilihat semakin berani dan terbuka mengiklankannya di akhbar dan media sosial bagi mempromosikan pelbagai tawaran menarik semata-mata untuk mendapatkan mangsa baharu.

Baru-baru ini, Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) mendesak kerajaan mewujudkan Akta Anti Scam ekoran undang-undang sedia ada dilihat tidak berkesan malah, satu undang-undang pencegahan khas juga perlu dilaksanakan bagi memastikan jenayah ini dapat dibanteras hingga ke akar umbi.

Pertubuhan itu turut merayu kepada kerajaan agar penjenayah dikenakan tindakan lebih tegas termasuk hukuman penjara kerana mereka yang terlibat dilihat menggunakan kelompongan undangundang tertentu untuk terus bermaharajalela.

BERITA LAIN

Ancaman halus dunia hiburan

HAMPIR semua orang mengakui kesan negatif terhadap akhlak dan tingkah laku dalam kalangan masyarakat akibat filem dan siri yang banyak memaparkan adegan ganas, seks, ekstremisme

BERITA TERBARU