ARTIKEL

Kekosongan kerusi DUN Pujut: SPR akan ambil tindakan sewajarnya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengambil tindakan sewajarnya setelah mendapat pemakluman rasmi berhubung keperluan mengisi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kawasan Pujut berikutan penyandangnya dilucutkan kelayakan menyandangnya.

Pengerusi SPR Datuk Azhar Azizan Harun dalam kenyataan hari ini berkata pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Sarawak berkaitan kekosongan itu diperlukan berdasarkan peruntukan Perkara 21(5) Perlembagaan Negeri Sarawak.

“Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia mengambil maklum keputusan Mahkamah Persekutuan pada 11 Februari 2020 yang memutuskan bahawa Dr Ting Tiong Choon telah hilang kelayakan untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.74 Pujut,” katanya.

Dalam keputusan majoriti 7-2 melibatkan panel sembilan hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat pada Selasa lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa DUN Sarawak membuat keputusan betul dalam melucutkan kelayakan Dr Ting sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pujut berhubung statusnya memiliki dua kewarganegaraan.

Dalam sidang media yang diadakan di sini pada hari yang sama keputusan mahkamah itu dibuat, Speaker DUN Sarawak Datuk Mohamad Asfia Awang Nassar berkata tiada keperluan baginya untuk menulis kepada SPR memaklumkan kekosongan kerusi berkenaan.

Menurutnya pilihan raya kecil tidak akan diadakan bagi mengisi kekosongan itu memandangkan Perkara 21(5) Perlembagaan Negeri Sarawak turut menyatakan bahawa ia tidak perlu diisi jika berlaku pada tarikh dalam masa dua tahun dari tarikh penggal DUN akan berakhir, iaitu pada Jun 2021.

Perkara 21(5) itu turut menyebut tentang keperluan mengadakan pilihan raya kecil jika speaker memberitahu SPR secara bertulis bahawa jumlah kekuatan parti yang menjadi majoriti ahli DUN terkesan oleh kekosongan tersebut.

“Keperluan untuk speaker menulis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya tidak timbul dan tanpa pemberitahuan itu, tidak (akan) ada pilihan raya kecil,” kata Mohamad Asfia.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

1,350 penerima darjah kebesaran Sarawak

KUCHING: Yang Dipertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi mendahului penerima Darjah Kebesaran Negeri

BERITA TERBARU

Ribuan penyokong banjiri Stadium Taha Ariffin

KUCHING: Ribuan penyokong mula membanjiri Stadium Taha Ariffin (STA) seawal jam 5 petang bagi menyaksikan Kuching City FC memburu tiket ke separuh akhir Piala FA

Bintulu tundukkan ATM 1-0

SPL 2026 KUCHING: Juara bertahan, Bintulu membawa bekalan tipis ke aksi suku akhir kedua Liga Premier Sarawak 2026 (SPL 2026) selepas menewaskan ATM 1-0 di