ARTIKEL

Kekurangan venue jadi halangan besar industri konsert tempatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur dilihat mempunyai potensi besar untuk muncul sebagai destinasi konsert utama Asia, namun beberapa isu termasuk kekurangan venue dan persepsi antarabangsa masih menjadi cabaran utama industri hiburan tempatan.

Pengarah Urusan Live Nation Malaysia, Paramananthan Rajagopal berkata ibu negara memiliki kelebihan dari segi infrastruktur, lokasi strategik dan sokongan peminat, tetapi penyelarasan lebih kukuh antara semua pihak masih diperlukan bagi menarik lebih banyak artis antarabangsa.

Menurut beliau, persepsi luar terhadap Kuala Lumpur turut dipengaruhi isu pembatalan konsert, bantahan dan masalah kelulusan yang sering menjadi perhatian, berbeza dengan negara seperti Singapura yang lebih agresif mempromosikan imej positif industri hiburan mereka seperti dipetik Bernama.

Beliau turut mengakui aspek penyelenggaraan dan ketersediaan venue menjadi cabaran besar kerana jadual jelajah antarabangsa sukar diubah, selain peminat kini menuntut pengalaman konsert yang lebih selesa dan berkualiti.

Malaysia merekodkan lebih 400 konsert sepanjang 2024 dengan impak ekonomi melebihi RM553 juta, manakala industri itu dijangka menyumbang hampir RM1.7 bilion tahun ini menerusi penganjuran lebih banyak persembahan antarabangsa termasuk di bawah inisiatif KL Headline Season 2026

BERITA LAIN

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU