ARTIKEL

Royston menyerahkan dana sokongan kepada Kelab Kebudayaan SMK Three Rivers, hari ini. (FOTO: FB N57 TELLIAN)

Kelab Kebudayaan SMK Three Rivers terima dana sokongan RM5,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Kelab Kebudayaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Three Rivers menerima dana sokongan berjumlah RM5,000 di bawah Program Fifty7Talent Biro Pendidikan Mukah, hari ini.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine dalam satu sesi ringkas sebagai galakan kepada ahli kelab berkenaan yang bakal bersaing dalam Pertandingan Tarian Peringkat Negeri Sarawak di Miri, minggu depan.

Menurut Royston, penyaluran dana itu merupakan manifestasi sokongan bagi memastikan pelajar di daerah ini terus melangkah dengan penuh keyakinan dan keberanian.

“Pada masa sama, saya berharap mereka dapat memperoleh kejayaan di pelbagai peringkat agar terus mengharumkan nama Mukah.

“Saya yakin setiap langkah peserta adalah peluang untuk mengembangkan potensi diri di samping membanggakan sekolah, komuniti dan Sarawak khasnya,” katanya dalam satu kenyataan selepas majlis penyerahan berkenaan.

Beliau turut menitipkan pesanan agar para peserta konsisten menjalani latihan, mempercayai kemampuan diri serta mempamerkan persembahan terbaik sepanjang kejohanan berlangsung.

Jelasnya lagi, semangat, disiplin dan komitmen tinggi yang ditonjolkan oleh pelajar terbabit membuktikan mereka mempunyai potensi besar untuk melangkah lebih jauh dalam bidang kebudayaan.

“Semoga SMK Three Rivers beroleh kejayaan dalam pertandingan ini dan buktikan bahawa peserta mampu menyerlah di pentas negeri,” katanya lagi.

Turut hadir Pengetua SMK Three Rivers Donny Dahlan dan Timbalan Pengerusi Biro Pendidikan Mukah Kaunselor Shazwan Serun.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha