ARTIKEL

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari - Bernama

Kelab Rakan Muda Diaktifkan Semula Di Setiap Parlimen – Mohammed Taufiq

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SUNGAI PETANI: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengaktifkan semula pergerakan Kelab Rakan Muda di setiap Parlimen di seluruh negara, kata Menterinya Dr Mohammed Taufiq Johari.

Beliau berkata insentif berjumlah RM1.11 juta diperuntukkan untuk permulaan bagi memperkasakan program-program di bawah Rakan Muda.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari menyampaikan sijil penyertaan kepada wakil Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Negeri Kedah pada Majlis Perasmian Kalendar Mega Rakan Muda 2026 dan Program Jelajah Rakan Muda. Turut bersama Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Dr Nagulendran Kangayatkarasu (empat, kiri).

“Untuk mengaktifkan Kelab Rakan Muda ini, kita memberikan insentif sebanyak RM5,000 untuk permulaan bagi memperkasakan program-program di bawah Kelab Rakan Muda dan ini melibatkan RM1.11 juta secara keseluruhannya,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan program Jelajah Rakan Muda dan Peluncuran Kalendar Mega Rakan Muda bertemakan “1 Bulan 1 Gaya Hidup Rakan Muda” di Taman Batik dekat sini hari ini.

Mohammed Taufiq berkata Kelab Rakan Muda merupakan platform yang sangat penting untuk membentuk masa depan negara menerusi penyediaan anak muda yang lengkap dengan sahsiah, jati diri serta ilmu

“Terdapat 222 kelab di seluruh negara, dengan setiap kawasan Parlimen ada satu kelab. Saya harap mereka akan bergiat aktif dan boleh memohon dana yang disediakan oleh kerajaan untuk menjalankan aktiviti di kawasan masing-masing,” katanya.

Sementara itu, katanya pelaksanaan program Kalendar Mega Rakan Muda akan diadakan pada setiap bulan di lokasi berbeza, bersesuaian dengan gaya hidup di setiap lokasi penganjurannya.

“Setiap bulan kita akan pilih satu gaya hidup daripada 10 gaya hidup di bawah Program Rakan Muda, untuk kita laksanakan program, yang paling terdekat adalah Rakan Ekspresi dan Rakan Muda Ramadan,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

Jadual Padat Lima Kejohanan Uji Kuching City

KUCHING: Jadual padat membabitkan lima kejohanan serentak menjadi antara cabaran terbesar Kuching City FC musim ini apabila tempoh pemulihan yang singkat memaksa The Cats melakukan

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil