ARTIKEL

Kelab tani rancak aktiviti pertanian Pulau Bruit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Cadangan penubuhan beberapa unit Kumpulan Jaringan Tani baharu di Pulau Bruit, di sini dilihat sebagai platform penting dalam merancakkan aktiviti pertanian penduduk.

Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Ukas) Datuk Abdullah Saidol berkata, usaha itu memastikan bidang pertanian Pulau Bruit kekal mampan sekali gus menggalakkan penyertaan aktif komuniti setempat.

“Setiap kampung perlu diwakili dua orang atau lebih yang akan memberi maklum balas atau cadangan kepada agensi yang berkaitan keperluan pertanian yang patut diberi perhatian dan tindakan,” katanya ketika ditemui pada Program Jangkauan Komuniti Pertanian (AgriCOP) di Kampung Betanak, hari ini.

Beliau dalam masa yang sama juga menyeru penubuhan Kelab Tani di setiap sekolah di kawasan itu bagi menarik minat generasi muda untuk menceburi bidang pertanian.

Pada masa yang sama, katanya peranan penting golongan wanita atau suri rumah tangga tidak harus dilupa dan perlu diiktiraf. 

“Mereka juga aktif menghasilkan produk hiliran seperti keropok, lumek atau udang salai dan lain-lain. Bagi tujuan itu, saya mencadangkan Kelab Sri Kandi Tani,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan,  beliau berkata, kerajaan perlu mewujudkan pusat latihan pertanian di Zon Tengah, kerana ketika ini, Sarawak hanya mempunyai satu pusat seumpama itu di Semenggok.

Sedangkan pada masa yang sama katanya, zon tengah Sarawak mempunyai potensi besar sebagai pengeluar hasil pertanian melalui pelbagai pendekatan kerajaan termasuk memperkenalkan taman agro.

“Aktiviti pertanian dan berkebun merupakan sumber ekonomi alternatif yang mampu memberi pendapatan lumayan jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

“Malah, ia juga berupaya mengurangkan pengantungan terhadap bekalan makanan import terutama hasil tani melalui sistem pertanian secara lebih bersistematik,” katanya.

BERITA LAIN

Program Sarjana Muda Undang-Undang UM dilancar di Sarawak

KUCHING: Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat dengan Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Swinburne, Sarawak mewujud dan memudahkan

Program vaksinasi haiwan percuma

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak akan menganjurkan program vaksinasi haiwan peliharaan, esok. Program terbabit akan berlangsung dari jam 9 pagi

BERITA TERBARU