ARTIKEL

Hannah Yeoh | Bernama

Kelantan Mungkin Jadi Negeri Terakhir Anjur SUKMA – Hannah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang mempertimbangkan supaya Kelantan menjadi negeri terakhir menganjurkan Sukan Malaysia (SUKMA) dalam usaha untuk memperkenalkan model baharu bagi temasya sukan dwitahunan itu.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata hak penganjuran tersebut akan diberikan kepada Putrajaya atau Majlis Sukan Negara (MSN) bagi memastikan kesinambungan dalam pemilihan sukan dipertandingkan yang sebelum ini menjadi hak negeri penganjur.

“Selepas Kelantan, tamat pusingan iaitu semua negeri telah jadi penganjur. Sebelum ini setiap negeri penganjur akan cari sukan yang akan memberikan mereka kelebihan untuk pingat, sebab itu, setiap SUKMA ada sukan yang digugurkan.

“Jadi beri kita ruang untuk kaji untuk pastikan kesinambungan itu wujud dan carta ataupun laluan untuk atlet, pembangunan atlet itu ada,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah ibu pejabat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) baharu dikenali sebagai ‘Olympic House’ di Bukit Jalil, di sini hari ini.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

Sementara itu, Hannah meminta semua pihak supaya menghormati keputusan penganjur SUKMA 2026 iaitu Selangor dalam urusan pemilihan sukan yang dipertandingkan.

“Jadi, keputusan SUKMA, keputusan negeri penganjur kita bagi ruang, hormati negeri penganjur dan kita akan bincang penganjuran sukan bukan SUKMA,” katanya.

Hannah dalam pada itu menzahirkan keterujaan terhadap pembinaan ‘Olympic House’ yang dijangka siap pada 2028.

Beliau berharap pembinaan ibu pejabat baharu MOM yang menempatkan kesemua persatuan sukan di bawah satu bumbung akan dimanfaatkan sepenuhnya badan induk itu.

“Ia merupakan pencapaian penting yang menandakan permulaan lembaran baharu dalam perjalanan sukan Malaysia,” katanya.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Khir Rahman kembali ke pentas teater Istana Budaya

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah tersohor, Khir Rahman kembali beraksi di pentas teater selepas hampir sedekad menerusi pementasan Teater Muzikal Kanak-Kanak Pengembaraan Sang Kancil di