ARTIKEL

Pemain Selangaor FC Mohamad Faisal Abdul Halim (dua, kanan) mengawal bola dari dirampas pemain Kelantan The Real Warriors FC Nik Umar Nik Azizi @ Nik Aziz (kiri) pada perlawanan Kelantan The Real Warriors FC menentang Selangor FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam ini.

Kelantan The Real Warriors FC dalam ambang penyingkiran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA BHARU: Kelantan The Real Warriors FC kini berada di ambang penyingkiran apabila berdepan situasi kritikal untuk kekal dalam saingan Liga Super Malaysia, musim depan.

Penolong Ketua Jurulatihnya Zairul Fitree Ishak berkata tekanan itu semakin memuncak susulan kekalahan demi kekalahan, termasuk dibelasah 0-6 oleh Selangor FC pada aksi di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi.

Beliau berkata skuad itu kini hanya berbaki dua perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT) dan Negeri Sembilan FC, yang bakal menjadi penentu sama ada mereka mampu bertahan dalam liga utama atau tersingkir ke divisyen lebih rendah.

“Kedudukan ini kritikal kerana dua perlawanan terakhir bukan mudah, apatah lagi menentang pasukan-pasukan terkuat liga ketika ini,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Selepas mengharungi 22 perlawanan, Kelantan TRW kini menghuni tangga ke-12 liga dengan 15 mata hasil empat kemenangan, tiga seri dan 15 kekalahan.

Dalam pada itu, Zairul Fitree mengakui pasukannya turut bergantung kepada keputusan pasukan lain untuk terus kekal dalam Liga Super musim depan.

“Perlawanan terakhir menentang Negeri Sembilan amat penting dan kami akan berusaha meraih mata maksimum bagi memperbaiki kedudukan,” katanya.

Beliau turut melahirkan kekecewaan terhadap kelemahan benteng pertahanan pasukan yang gagal mengekang asakan Selangor, sekali gus melepaskan enam gol.

“Pemain hanya mampu bertahan sekitar 30 minit sebelum melakukan kesilapan yang membawa kepada jaringan lawan. Perkara ini perlu diperbaiki segera, terutama menjelang aksi menentang JDT,” katanya.– BERNAMA

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Perintah Sarawak melanja sekula anak

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg datai bejadi Pengawa Nyua Pemer i Perintah Sarawak ngagai waris staf Servis L utur

XPDC Bario 375km meri pengelantang

KUCHING: Pengeransing Sapit Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ngabas jalai menua ulu nengah XPDC 1.0 Bario ba taun 2025 dipuji komuniti Kenyah enggau