ARTIKEL

Kelly bersama-sama pingat yang berjaya diraihnya pada SUKMA kali ini

Kelly Teo calon Olahragawati SUKMA XXI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Atlet renang Sarawak, Kelly Teo Yao dijangka dinobatkan sebagai olahragawati bagi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024, yang melabuhkan tirainya malam ini.

Kelly yang berusia 18 tahun membolot enam pingat emas, satu perak dan dua gangsa dalam penampilan keduanya untuk SUKMA, sekali gus menyumbang pingat terbesar dalam skuad akuatik renang.

Enam emas yang dimenanginya adalah menerusi acara 1500m gaya bebas wanita; 400m gaya bebas wanita; 800m gaya bebas wanita; 200m gaya kuak lentang wanita; 400m rampaian perseorangan wanita dan 200m gaya bebas wanita.

Manakala pingat perak dimenanginya menerusi gandingan dengan Cheeren Ngo Rui, Magdalenen Ing Siew Lau dan Shanise Jauwa Joseline Adong bagi acara 4 X 200m gaya bebas wanita.

Pingat gangsa pula dirangkul menerusi gandingannya dengan Jeff Yu Yang Chua, Hii Puong Wei, Magdalene Ing Siew Lau dalam acara 4x100m rampaian berganti-ganti campuran.

Selain itu, Kelly turut menambah koleksi pingatnya dengan meraih gangsa dalam acara 100m gaya kuak lentang wanita.

Gelaran olahragawan dan olahragawati SUKMA 2024 selain juara keseluruhan temasya dwitahunan kebangsaan itu akan diumumkan dalam acara penutupan malam ini, yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

BERITA LAIN

SUKMA XXII 2026: Mia berjaya raih emas

SELANGOR: Emylia Lynn Ghazali Zulfikar berjaya menghadiahkan pingat emas buat Kontinjen Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII 2026. Bintang Muay Thai yang terkenal dengan

BERITA TERBARU