WhatsApp (WA) mempunyai ciri terbaharu meninggalkan kumpulan tanpa orang dalam mengetahuinya.
Bagaimanakah caranya anda dapat keluar dari kumpulan WA tanpa diketahui ahli lain?
Untuk melakukan ini, anda hanya perlu membuka ruang sembang untuk salah satu kumpulan WA yang ingin anda tinggalkan.
Kemudian, klik pada nama kumpulan dan pilihan akan muncul, salah satunya meninggalkan kumpulan atau Keluar Kumpulan.
Ketik pada pilihan dan anda akan meninggalkan kumpulan berkenaan.
WA menyedari seseorang berasa tidak selesa meninggalkan sesebuah kumpulan dari bilik sembang
Atas sebab ini, WA mencipta ciri privasi baharu membantu pengguna berasa lebih selesa meninggalkan sesebuah kumpulan sembang.
Dengan ciri terbaharu ini, hanya admin yang mengetahui jika ahli meninggalkan kumpulan.
Untuk keluar dari group WA tanpa pengetahun ahli lain, pastikan anda mengemas kini versi terkini WA.
Berikut ialah cara meninggalkan kumpulan WA berdasarkan beberapa jenis telefon bimbit:
Untuk sistem Android:
– Buka WhatsApp
– Ketik dan pekun nama kumpulan
– Ketik pada lebih banyak pilihan kemudian pilih tinggalkan kumpulan
Untuk sistem iOS:
– Buka WhatsApp
– Ketik dan tahan nama kumpulan
– Ketik tinggalkan kumpulan
Untuk laman sesawang dan desktop
– Buka WhatsApp
– Klik kumpulan dan pilih Menu
– Klik tinggalkan kumpulan
Bagaimanapun, “sejarah” aktiviti meninggalkan kumpulan masih dapat dilihat oleh ahli lain melalui pilihan “Lihat Peserta Lepas” atau “Lihat Ahli Lepas”.
Untuk mengaksesnya, pengguna perlu ke laman profil kumpulan dan tatal ke bawah dan cari pilihan.



