ARTIKEL

RAKAM KENANGAN… Roland (tengah) dan Hillman (lima kanan) merakam kenangan bersama 11 penceramah daripada pelbagai agensi dan sektor swasta.

Kemajuan ekonomi baharu Sarawak cipta banyak peluang pekerjaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perkembangan pelbagai kemajuan terutama dalam ekonomi baharu dan revolusi industri 4.0 (IR 4.0) di Sarawak bakal mencipta banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi pada masa hadapan.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, usaha Kerajaan Sarawak mempelopori kepelbagaian sumber ekonomi baharu membuka pintu kepada pelbagai prospek pekerjaan untuk rakyatnya.

“Ia termasuk peluang dalam ekopelancongan, pengurusan resort dan pelancongan pengembaraan semakin meningkat.

“Tambahan pula, sumber asli di Sarawak yang banyak mampu menjana sektor tenaga dan perlombongan mampu berkembang lebih pesat serta menyediakan banyak peluang kepada jurutera, saintis alam sekitar dan pakar logistik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sesi Rangkaian Sinergi: Penglibatan Industri-Institusi Awam dan Swasta 2023 yang dihadiri 120 perwakilan daripada agensi kerajaan dan kakitangan swasta di Pullman Hotel di sini, hari ini.

Sementara itu kata Roland, komitmen Kerajaan Sarawak terhadap pembangunan mampan juga menekankan keperluan untuk golongan profesional dalam usaha meningkatkan kemahiran dalam tenaga boleh diperbaharui dan pemuliharaan di negeri ini.

Malah jelas Roland, industri pertanian turut berkembang susulan turut mengaplikasikan teknologi dan inovasi ke era digital, mewujudkan permintaan untuk pakar IT, analisis data dan pembangun aplikasi.

“Sektor pendidikan Sarawak juga sedang berkembang dan memerlukan guru, pentadbir, kaunselor serta penganalisis akademik untuk memupuk minda pemimpin masa depan. Memandangkan Sarawak menekankan industri berasaskan pengetahuan, peluang penyelidikan dalam pelbagai bidang semakin berkembang,” jelasnya.

SERAH… Roland menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang penceramah.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha