ARTIKEL

FOTO FB Kuching Specialist Hospital

Kemajuan neurosains perlu utamakan kepentingan pesakit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kemajuan dalam bidang neurosains perlu sentiasa berteraskan kepentingan pesakit, selain diperkukuh menerusi kerjasama antara pakar dan institusi kesihatan.

Perkara itu ditekankan oleh Dr Hanafiah ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Saintifik Borneo 2026 hari ini.

Beliau berkata perkembangan pesat sains, teknologi, dan amalan klinikal membuka ruang lebih luas dalam memahami, mengesan, serta merawat penyakit berkaitan otak, tulang belakang, dan sistem saraf.

“Pencapaian dalam bidang ini tidak seharusnya hanya diukur berdasarkan kemajuan teknologi atau rawatan, sebaliknya sejauh mana ia mampu meningkatkan kualiti penjagaan dan hasil kesihatan pesakit.”

“Penjagaan pesakit mesti kekal sebagai keutamaan dalam segala usaha kita,” katanya.

Menurutnya, pengurusan kes berkaitan neurosains lazimnya memerlukan penglibatan pelbagai kepakaran termasuk neurologi, bedah saraf, radiologi, rehabilitasi, dan rawatan rapi.

Beliau berkata kerjasama lebih erat antara bidang kepakaran itu penting bagi memastikan pesakit menerima rawatan menyeluruh bermula daripada diagnosis sehingga proses pemulihan.

Dalam pada itu, Dr. Hanafiah turut menggesa lebih banyak peluang latihan pascasiswazah, pembangunan profesional, dan perkongsian ilmu diwujudkan bagi melahirkan serta mengekalkan tenaga pakar dalam bidang neurologi dan bedah saraf.

Persidangan bertemakan ‘Advancing Frontiers in Neuroscience’ itu turut menjadi platform menghimpunkan pakar serta pengamal kesihatan bagi berkongsi pengalaman, perkembangan terkini, dan memperkukuh jaringan kerjasama dalam aspek klinikal, pendidikan, serta penyelidikan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Tiga lelaki ditan

MUKAH: Tiga lelaki peranak menua beumur entara 24 nyentuk 26 taun ditan pengudah ditemu positif dadah bansa methamphetamine ba Operasyen Begulai Nagang Penyah t i