ARTIKEL

PDRM

Kemalangan di Kilometer 306.1 PLUS arah selatan: Seorang lagi warga Bangladesh maut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH, Perak: Seorang lagi warga Bangladesh yang terbabit dalam nahas jalan raya di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan pada Rabu lepas meninggal dunia semalam, menjadikan keseluruhannya empat mangsa yang maut setakat ini.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud yang mengesahkan perkara itu, berkata Mohammad Sohel, 24, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.

“Mangsa mengalami kecederaan di perut, kepala serta tangan kiri akibat daripada kemalangan tersebut,” beliau memaklumkan dalam kenyataan di sini.

Pada Rabu lepas, tiga warga Bangladesh maut manakala seorang cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Naza Citra yang dinaiki mereka terbabas akibat tayar pecah sebelum dirempuh sebuah lori tanpa muatan.

Dalam kejadian pukul 1.49 tengah hari itu, tiga penumpang MPV itu, Abdullah Mohammad, 31, Ali Askar serta Mohd Sohel Miah maut di lokasi kejadian. 

Bagaimanapun, pemandu Mohd Kobir Hossain, 32, dan tiga lagi penumpang Mohd Saiful Islam, 25, Mohd Raju Miah, 27, dan Sohel Rana, 30, tidak mengalami kecederaan.

Baca lain  Isu kebocoran data pemohon, UiTM mohon maaf

Mohamad Nazri berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

BERITA TERBARU

Kuching, Sri Pahang kongsi mata

KUCHING: Hasrat Kuching City FC (KC FC) untuk meraih kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian selepas sekadar seri menentang pasukan Sri Pahang FC dalam perlawanan