ARTIKEL

Kemarau keringkan 100 daerah di Indonesia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Kemarau di Indonesia menyebabkan lebih 100 daerah dan bandar di Aceh, Jawa Barat, Jawa Tengah, Yogyakarta, Jawa Timur, provinsi Nusa Tenggara Barat (NTB) dan Nusa Tenggara Timur (NTT) kering, lapor agensi berita Antara memetik data Kementerian Pertanian Indonesia.

Menurut laporan itu, kementerian terbabit mengadakan mesyuarat dihadiri pegawai pertanian tempatan, kerja raya, dan pegawai tentera, untuk membincangkan langkah bagi mengurangkan kesan cuaca kering melampau pada masa ini.

“Kebanyakan kawasan di Jawa, Bali, dan Nusa Tenggara tidak menerima hujan selama lebih dari 30 hari. Kemarau menjejaskan 100 daerah dan bandar,” kata Sarwo Edhy, ketua pengarah bagi infrastruktur pertanian dan kemudahan di Kementerian Pertanian.

Musim kering melampau memberi kesan kepada 102,746 hektar (ha) kawasan pertanian dan merosakkan 9,358 ha.

Jawa Timur paling teruk terjejas, dengan 34.006 hektar sawah bendang kering, dan 5,069 hektar rosak; diikuti 32,809 ha di Jawa Tengah yang kering kontang dan 1.893 hektar rosak; manakala 25,416 hektar kering dan 624 hetar rosak di Jawa Barat.

Yogyakarta juga terjejas teruk akibat kemarau, dengan 6,139 hektar kering dan 1.757 hektar rosak; 3,464 hektar di Banten; 857 hektar di NTB; dan 55 hektar di NTT, dengan 15 hektar rosak.

Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Negara (BMKG) meramalkan musim kering yang melampau berlarutan sehingga September, dengan keadaan berkemungkinan memuncak pada Ogos.

Sumardjo Gatot Irianto, ketua pengarah untuk tanaman kementerian terbabit, menegaskan kementerian mengumpulkan data terakru tentang petani yang dilindungi insurans dan kerajaan mengagihkan benih kepada petani yang tidak mempunyai perlindungan insurans.

Beliau menggesa keperluan membina lebih banyak pam air dan telaga; memulihkan sistem pengairan; dan mengoptimumkan penggunaan air dari sungai, tasik, dan empangan yang berdekatan untuk mengatasi kesan kemarau.

Kementerian Pertanian juga meningkatkan penanaman tanaman di tanah kering.

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan