ARTIKEL

Kematian Covid-19 tertinggi di dunia, elak jadi seperti Itali

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BERGAMO: Tentera kini dikerah membantu mengangkut mayat ketika epidemik Covid-19 tular di Kota Bergamo di utara Itali. Trak tentera beroperasi setiap saat kerana banyaknya mayat yang perlu diuruskan.

Sebuah video di media sosial menunjukkan trak hijau parkir di tepi jalan sedia untuk mengangkut mayat mangsa Covid-19. Russia Today melaporkan pada Jumaat, Bergamo keletihan menangani jumlah mangsa Covid-19 yang meningkat.

Pandemik asal China itu kini menular di Itali merekodkan 427 kematian baru menjadikan kematian keseluruhan 3,405 lebih tinggi berbanding China.

Kes infeksi Covid-19 di Itali melonjak 41,035. Itali diakui melakukan peraturan pembatasan wilayah demi mengawal penularan wabak tetapi ia tidak seketat China.

Ketua Palang Merah China, Sun Shuopeng dalam konferensi media di Milan membandingkan kondisi saat lockdown di Lombardy dan Wuhan.

Sebulan Wuhan ditutup, berlaku trend penurunan jangkitan, tetapi peraturan di Lombardy dan Milan agak longgar dengan sistem pengangkutan masih beroperasi dan warga tetap menjalankan aktiviti di luar.

Ada yang masih makan malam dan berpesta di hotel dengan tidak memakai masker. Perdana Menteri Itali, Giuseppa Conte mengatakan pemerintahannya mempertimbangkan langkah mengatasi penyebaran pandemi corona.

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi