ARTIKEL

Kematian dua rakan dalam kereta di stesen minyak tiada unsur jenayah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUANTAN: Polis tidak menemukan sebarang unsur jenayah dalam kes kematian seorang lelaki dan seorang wanita di dalam kereta di sebuah stesen minyak di Muadzam Shah, Rompin pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Nor Azman Yusof berkata hasil pemeriksaan juga mendapati kesemua barangan peribadi milik Roshashidi Abron, 41, dan rakannya Norlina Seeron, 43, masih berada di dalam kereta itu.

Beliau berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian itu semalam dan pemeriksaan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kereta itu diletakkan di kawasan parkir pada 6.42 pagi Isnin lepas dan pemandu serta penumpangnya tidak keluar daripada kereta berkenaan.

“Pasukan forensik polis telah ke lokasi kejadian dan siasatan mendapati tiada sebarang unsur perbuatan jenayah ditemukan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Nor Azman berkata kedua-dua mayat telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat, dan polis masih menunggu laporan kimia bagi mengetahui punca sebenar kematian.– BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.