ARTIKEL

Kematian Pempengaruh Taiwan: Jaminan Polis Terhadap Namewee Disambung Hingga 10 Dis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Jaminan polis terhadap penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee disambung selama 14 hari lagi bermula esok hingga 10 Dis ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata jaminan disambung memandangkan pihak polis masih menunggu laporan toksikologi dan bedah siasat berhubung kematian pempengaruh wanita warga Taiwan Hsieh Yun Hsin, 33, pada 22 Okt lepas.
“Jaminan polis telah disambung pada 4 petang tadi,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.
Namewee direman pada 5 hingga 13 Nov lepas, sebelum penyanyi itu dilepaskan dengan jaminan polis hingga hari ini bagi menunggu laporan bedah siasat mangsa.
Hsieh ditemukan mati di dalam tab mandi di bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay dekat sini pada 22 Okt lepas dan mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Kes itu yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, disiasat semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Namewee dipercayai individu terakhir yang dilihat bersama wanita itu.- BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha