ARTIKEL

BUNUH… Chong Chieng Jen dalam Persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, hari ini.

Kematian penuntut di hadapan pusat hiburan: Chong mohon PDRM Bukit Aman hantar satu pasukan penyiasat 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen memohon agar PDRM Bukit Aman menghantar satu pasukan penyiasat ke Kuching untuk menjalankan siasatan mendalam mengenai kematian seorang penuntut perempuan di hadapan sebuah pusat hiburan di Petanak, 16 Oktober lalu.

Chieng Jen berkata, ia demi mencari kebenaran di sebalik kematian gadis berusia 24 tahun yang diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan tiada unsur jenayah selain ujian air kencing mendiang dikesan positif tiga jenis dadah.

“Memandangkan pasukan penyiasat di Kuching menyimpulkan secara ringkas sebagai Laporan Kematian Mengejut (SDR).

“Adalah lebih sesuai untuk Ibu Pejabat PDRM dari Bukit Aman menghantar satu lagi pasukan penyiasat ke sini untuk menjalankan siasatan yang lebih mendalam.

“Oleh itu, saya menggesa pihak polis menjalankan siasatan menyeluruh terhadap perkara terbabit,” katanya pada Persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, hari ini.

Tegasnya, jika kita serius dalam memerangi penyalahgunaan dadah kes terbabit tidak seharusnya ditutup dengan begitu mudah.

Terdahulu, keluarga gadis berkenaan menuntut agar pihak polis menjalankan siasatan rapi berhubung kematian anak mereka yang diragui apabila ia dikatakan akibat penyalahgunaan dadah.

Keluarga mangsa yang berjumpa dengan Ahli Parlimen tersebut memohon bantuan bagi mencari kebenaran berhubung kejadian terbabit.

Selain itu, keluarga mangsa berasa ragu-ragu selepas akhbar melaporkan gadis itu yang ditemui di sekitar kawasan Petanak, di sini meninggal dunia di sebuah pusat hiburan.

Bagaimanapun, dua hari kemudian polis mengeluarkan kenyataan bahawa mayat mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi jalan berhampiran sebuah pusat hiburan.

Dalam kenyataan itu, polis menyatakan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Menurut keluarga mangsa ujian air kencing ke atas mendiang mengesan tiga jenis dadah termasuk Methamphetamine dan MDMA.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha