ARTIKEL

Kembali berlatih di rumah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SKUAD boling padang Sukma Sarawak kembali menjalani latihan secara sendirian di rumah masing-masing selepas perintah darurat di seluruh negara yang bermula Rabu.
Ketua jurulatih, Mohd. Fairus Abang Deni memberitahu, pihaknya menerima arahan daripada Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) untuk menghentikan serta-merta latihan di luar.
Justeru tegas Fairus, pihaknya kembali kepada rutin sebelumnya iaitu berlatih di rumah dan dipantau melalui video.
“Atlet kembali menjalani latihan secara sendirian di rumah masing-masing.
“Namun latihan mereka dipantau secara dalam talian,” ujar Fairus.
Tambahnya, tiada masalah untuk anak-anak buahnya mempraktikkan cara latihan sedemikian.
Kata Fairus, semasa Petintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan pada Mac tahun lalu, rutin yang sama telah dilaksanakan oleh atletnya.
Justeru jelasnya, tidak timbul sebarang masalah serta kebimbangan terhadap perkara itu.
Yang penting menurutnya, atlet berlatih mengikut jadual yang telah disediakan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan