ARTIKEL

Kembali ke sekolah, P&P bersemuka dimulai esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kebanyakan sekolah-sekolah SJK(C) di sini telah bersedia untuk menerima kembali murid-murid bagi sesi persekolahan baru mulai Isnin ini.

Pengerusi Lembaga Pengurusan SJK Chung Hua Kuching No 1-6, Datuk Wong Tiong Hock berkata pihaknya menghormati keputusan Jabatan Pendidikan Negeri membenarkan sesi persekolahan bermula esok.

Beliau percaya pihak sekolah akan sentiasa sedia memberi kerjasama penuh dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh JPBNS.

“Saya berharap murid-murid dapat kembali ke sekolah segera kerana pembelajaran telah tergendala selama setahun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu.

“Walaupun terdapat pembelajaran secara atas talian, saya memahami kesukaran yang dihadapi oleh guru-guru ketika mengajar dan mereka bersetuju bahawa murid-murid harus kembali ke sekolah bagi sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka yang lebih efektif,” katanya kepada pemberita selepas membuat pemeriksaan kerja sanitasi premis di SJK Chung Hua No 6, di sini, hari ini.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha