ARTIKEL

Kembali selepas 23 tahun, Le Tour de Langkawi 2020

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PERLUMBAAN jelajah berprestij Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) Edisi Ke-25 kembali ke Sarawak selepas 23 tahun penganjuran.

Pada LTdL 2020 kali ini, bandaraya Kuching telah dipilih sebagai tuan rumah pusingan pertama yang diadakan pada Jumaat ini di Padang Merdeka.

Sebanyak 21 pasukan telah mengesahkan penyertaan dan akan bertanding di 10 pusingan LTdL 2020 membabitkan 6 pasukan World Tour Pro Team, 15 pasukan Pro-Kontinental dan Asia Tour Kontinental dan satu pasukan kebangsaan.

Ketua Pegawai Operasi Human Voyage, Shahaizereen A Hamid berkata 21 pasukan telah mengesahkan penyertaan pada edisi ke-25 tahun ini, yang bermula dengan perlumbaan Kriterium Antarabangsa di Padang Merdeka, Kota Kinabalu pada 6 Februari.

Katanya, perlumbaan kriterium itu yang diadakan buat pertama kali bersempena sambutan ke-25 Jubli Perak LTdL tahun ini, sebelum Peringkat pertama perlumbaan bermula di Kuching.

Beliau berkata, dua pasukan berpusat di China Hengxiang dan Giant Racing telah menarik diri daripada perlumbaan akibat wabak virus di Wuhan.

Perlumbaan 10 hari dari 6 hingga 15 Februari akan meliputi jarak sejauh 1,114.9 kilometer merentasi lapan negeri iaitu Sabah, Sarawak, Terengganu, Pahang, Selangor, Perak, Penang, Kedah dan dua Wilayah Persekutuan; Putrajaya dan Kuala Lumpur. Pada perlumbaan di Kuching, setiap pelumba akan berkayuh sepanjang 96.2 kilometer dengan melalui beberapa jalan utama.

Sehubungan itu, beberapa jalan yang akan dilalui oleh pelumba ini akan mula ditutup seawal jam 7.00 pagi. Perlumbaan akan bermula pada jam 8.30 pagi sehingga jam 11.30 pagi.

BERITA LAIN

Jadual Padat Lima Kejohanan Uji Kuching City

KUCHING: Jadual padat membabitkan lima kejohanan serentak menjadi antara cabaran terbesar Kuching City FC musim ini apabila tempoh pemulihan yang singkat memaksa The Cats melakukan

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan