Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Kemenangan sebagai amanah – Ibrahim Baki

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Veteran politik, Datuk Ibrahim Baki dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) menzahirkan penghargaan kepada warga Satok kerana memilih beliau sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut.

Ibrahim yang pertama kali bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, berjaya mempertahankan kerusi tradisi tersebut dengan 6,033 majoriti. Bendahari GPS itu berjaya memperoleh 6,991 undi dengan mengalahkan Datuk Nor Irwan Ahmat Nor (PKR) yang hanya memperoleh 958 undi dan Awang Badele Awang Ali (PBK) dengan 415 undi.

“Saya menerima kemenangan ini dengan rendah hati dan penuh sedar bahawa amanah dan tanggungjawab yang diletakkan di bahu saya dan pasukan kami di Satok sangat besar.

“Insya-Allah, kami akan ambil langkah dan tindakan yang selari dengan harapan serta aspirasi penduduk di kawasan ini,” katanya kepada Suara Sarawak.

Menurutnya, beliau komited meneruskan legasi, perjuangan dan pengorbanan mantan Adun Satok selama sembilan penggal, iaitu Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg demi pembangunan Satok.

“Malah, Abang Johari banyak membantu kemenangan saya di sini.

“Dalam pada itu, saya juga ingin merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada pengundi yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga malah wang ringgit bagi memastikan anda semua dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

“Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak khususnya seluruh jentera parti serta pasukan kami yang telah berpenat lelah dan banyak berkorban untuk sekian lama, lebih-lebih lagi dalam tempoh berkempen, demi memastikan kemenangan GPS di sini,” tambahnya.

Ibrahim juga Timbalan Ketua PBB Satok bergerak aktif dalam politik di peringkat kawasan berkenaan sejak 36 tahun lalu. Dengan kelayakan sebagai peguam dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang korporat serta lama berkhidmat kepada rakyat, Ibrahim merupakan calon paling tepat meneruskan legasi Abang Johari.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan