ARTIKEL

Fahmi Fadzil (kanan) menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada jurukamera Malaysia Gazette, Mohd Airulrezal Amirudin, 42, yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika bertugas, di rumah Airulrezal hari ini.

Kementerian bincang dengan KWSP pertingkat manfaat pengamal media di hari tua

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi sedang meneliti beberapa perkara, termasuk mengadakan perbincangan dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), untuk meningkatkan manfaat yang boleh dinikmati pengamal media di hari tua.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata perkara itu di peringkat permulaan ekoran kejayaan menguruskan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) buat pengamal media.

“Perkara ini telah saya sampaikan kepada beberapa agensi di bawah Kementerian Komunikasi untuk kita teliti dan mencari mekanisme terbaik untuk dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada jurukamera Malaysia Gazette, Mohd Airulrezal Amirudin, 42, di sini hari ini.

Beliau berkata perkara itu bagaimanapun akan mengambil sedikit masa.

Fahmi juga berkata sejak 1 Julai lepas, hampir 600 pengamal media yang berkhidmat sebagai pemberita sambilan dan mereka yang dilantik secara kontrak mula menerima manfaat daripada caruman PERKESO yang diumumkan Mei lepas.

Pada 27 Mei lepas, ketika kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA), beliau mengumumkan bahawa Kementerian Komunikasi akan menampung caruman PERKESO buat 565 pengamal media sambilan bagi tempoh setahun dan ia akan disalur melalui Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). – BERNAMA

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah