ARTIKEL

Kredit: Fb Fahmi Fadzil

Kementerian Komunikasi, FINAS Terus Bangunkan Sektor Animasi – Fahmi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kerajaan komited untuk membantu pembangunan sektor animasi negara menerusi usaha yang diterajui Kementerian Komunikasi dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata bagi tujuan itu, satu sesi libat urus akan diadakan oleh FINAS selepas sambutan Aidilfitri.

Menerusi hantaran di Facebook, Fahmi berkata satu pertemuan telah diadakan bersama FINAS dan Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS) di Menara Komunikasi, Putrajaya, semalam, bagi membincangkan isu-isu semasa penggiat industri animasi.

“Perjumpaan yang baik, memberi peluang memahami lebih mendalam isu-isu yang dihadapi pemain industri animasi. Insya-Allah FINAS akan mengatur satu sesi pertemuan libat urus selepas Hari Raya Aidilfitri,” katanya. 

Fahmi berkata ANIMAS yang telah aktif sejak 2007 dan mempunyai lebih 5,000 ahli di seluruh negara, merupakan antara sektor perfileman penting dan berpotensi tinggi termasuk untuk dieksport. 

Mengambil contoh kejayaan filem animasi tempatan seperti “Papazola”, beliau berkata karya tersebut bukan sahaja berjaya mengutip lebih RM68 juta di pawagam seluruh negara, malah turut mendapat sambutan di Indonesia.

“Insya-Allah, Kementerian Komunikasi dan khususnya FINAS akan terus membantu pembangunan sektor animasi,” katanya. 

— BERNAMA 

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha