ARTIKEL

Members of the Rabaya family break their fast amidst the rubble of their home, which was destroyed by an Israeli strike, during the Muslim holy month of Ramadan in Rafah on March 23, 2024, amid ongoing battles between Israel and the militant group Hamas. (Photo by SAID KHATIB / AFP)

Kementerian Luar Palestin kutuk serangan Israel

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

RAMALLAH: Kementerian Luar dan Ekspatriat Palestin semalam, mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan Israel ke atas Kompleks Perubatan Al-Shifa dan persekitarannya untuk hari keenam berturut-turut.

Kementerian itu berkata Israel cuba memusnahkan keseluruhan hospital, membunuh ratusan orang awam dan penduduk tanpa kediaman yang mencari perlindungan di dalam kompleks, agensi berita Palestin, WAFA melaporkan.

Kementerian itu dalam kenyataan berkata penyasaran sengaja kemudahan perubatan itu sebagai manifestasi tegas pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

Selain itu, kementerian turut mengesahkan pendudukan itu bertujuan untuk mengubah seluruh Semenanjung Gaza dan utara khususnya menjadi kawasan yang tidak sesuai untuk kehidupan manusia.

Ia seterusnya mengecam sekatan oleh Israel bagi bantuan ke Semenanjung Gaza, yang mengakibatkan lonjakan ketara dalam jumlah kematian dan penyebab kebuluran, dahaga, kekurangan ubatubatan terutama kalangan kanak-kanak, bayi, wanita, orang sakit dan warga emas, menurut WAFA. – Bernama-WAFA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Sarawak sasar kemudahan Sukan SEA siap lebih awal

KUCHING: Semua kerja menaik taraf kemudahan bagi penganjuran Sukan SEA 2027 di Sarawak perlu disiapkan selewat-lewatnya Jun tahun depan bagi membolehkan ujian operasi dijalankan sebelum