ARTIKEL

Kementerian Perbandaran Arab Saudi Umum Operasi Haji 1447 Hijrah Berjaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

RIYADH: Kementerian Perbandaran dan Perumahan Arab Saudi menerusi Perbandaran Makkah mengumumkan kejayaan pelaksanaan pelan operasi musim haji 1447 Hijrah, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Pelan itu dilaksanakan oleh lebih 22,000 petugas khusus dengan sokongan 3,000 aset dan jentera yang beroperasi sepanjang masa di Makkah dan tapak suci.

Jurucakap kementerian Mohammed Al Rasasimah berkata usaha pembersihan dan sanitasi alam sekitar berjaya mengutip lebih 250,000 tan sisa di Makkah sejak 15 Zulkaedah, dengan purata melebihi 6,000 tan sehari.

Selain itu, lebih 16,000 tan sisa dibersihkan di tapak suci dengan purata melebihi 200 tan sehari.

Pasukan khas turut menjalankan lebih 38,000 lawatan pemeriksaan ke dapur penyediaan makanan dan premis makanan di Makkah serta tapak suci, selain menguji lebih 5,000 sampel makanan menerusi makmal lapangan dan tetap.

Tiada kes keracunan makanan direkodkan sepanjang musim haji 1447 Hijrah.

Musim haji kali ini turut melibatkan lebih 21,000 sukarelawan lelaki dan wanita yang membantu perkhidmatan lapangan, pengurusan serta kesedaran.

Usaha mereka termasuk memberi panduan, mengawal pergerakan orang ramai serta mengagihkan air, payung dan hadiah bagi meningkatkan pengalaman keseluruhan jemaah haji. – BERNAMA-SPA

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU