ARTIKEL

Kredit: Facebook Fadhlina Sidek

Kementerian tambah warden 63 peratus atasi kes buli

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KPM menambah bilangan warden sebanyak 63 peratus bermula 1 Ogos 2022 dengan julat sekurang-kurangnya tiga petugas di sebuah asrama sebagai langkah pencegahan kes buli, kata Menterinya Fadhlina Sidek.

Fadhlina berkata, KPM juga mengadakan kempen peningkatan kemahiran kepada warden dan ketua warden dari semasa ke semasa bersesuaian dengan tugas warden seperti yang digariskan dalam Garis Panduan Tadbir Urus Sekolah (MySG).

Kementerian juga melaksanakan sistem rumah di asrama sebagai antara usaha untuk menghasilkan modal insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemampanan sahsiah, kesejagatan kepimpinan serta melakukan program sahsiah unggul murid di sekolah menengah.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU