BARU-BARU ini, tular sebuah video di TikTok milik stylefashionpv yang memaparkan sesi fotografi baju raya melibatkan selebriti Bella Astillah dan ahli politik, Syed Saddiq.
Video berkenaan berjaya meraih perhatian ramai, dengan jumlah tontonan mencecah 380,000 dan 13,000 tanda suka.
Menerusi video tersebut, aksi Bella Astillah membetulkan baju Syed Saddiq semasa sesi penggambaran menjadi sorotan utama warganet.
Detik mesra itu mengundang pelbagai reaksi positif warganet dan memuji keserasian mereka.
“Kalau ada jodoh, apa salahnya?” kata salah seorang pengguna TikTok.
Bella tidak memberikan sebarang kenyataan rasmi tentang spekulasi ini.
Syed Saddiq pula, yang dikenali dengan gaya politik santai dan mesra rakyat, turut tidak memberikan komen.






