ARTIKEL

Kempen Derma Darah IPD Padawan menggalakkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kempen derma darah anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan di pasaraya Emart Batu Kawa semalam mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat.

Seramai 60 orang yang terdiri daripada warga termasuk Amanita IPD Padawan dan orang ramai yang melepasi tapisan pemeriksaan kesihatan telah berjaya menderma darah dalam program yang bermula jam 10 pagi itu.

Kempen yang dijalankan bersempena Hari Polis Ke-212 itu turut disertai oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan Deputi Superintendan Merbin Lisa serta wakil daripada pihak-pihak yang terlibat iaitu Hospital Serian, Emart Batu Kawa, Tay Motors, Persatuan Kepolisan Komuniti Kuching dan banyak lagi.

Kempen ini diadakan dengan kerjasama Hospital Serian, Emart Batu Kawa serta Tay Motors yang menyumbang beras.

Menurut IPD Padawan dalam kenyataan, penganjuran kempen ini dilihat mampu membentuk sikap masyarakat penyayang dan sejahtera, yang merupakan asas untuk memupuk masyarakat prihatin dan penyayang.

“Tujuan kempen adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang keprihatinan untuk bersama-sama menangani masalah kekurangan darah dalam Tabung Darah Hospital Umum Sarawak.

“Pada masa sama, kempen ini juga dapat merapatkan hubungan antara jabatan-jabatan dengan masyarakat di samping meningkatkan kesedaran tentang kebaikan menderma darah,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke