ARTIKEL

TERIMA… Johnny Ting (kanan) menerima minyak masak terpakai daripada salah seorang pengunjung.

Kempen pembelian minyak masak terpakai di Serian dapat sambutan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Kempen Pembelian Minyak Masak Terpakai oleh syarikat Timuran Kembangan Sdn. Bhd. sempena Kempen Pengumpulan Barangan Kitar Semula E-Waste & Minyak Masak Terpakai yang berlangsung di perkarangan tempat letak kereta Pejabat Majlis Daerah Serian hari ini mendapat sambutan luar jangkaan.

Ratusan penduduk sekitar dari pelbagai kaum membanjiri kawasan tersebut dengan membawa barangan kitar semula serta minyak masak terpakai masing-masing.

Pengarah Urusan Johnny Ting Su King mengakui teruja dengan sambutan yang diberikan oleh masyarakat setempat terhadap program berkenaan.

KERJASAMA… Johnny Ting (empat dari kanan) bersama yang lain yang terlibat dengan program berkenaan.

“Kita tidak menjangka sambutan begitu hebat terhadap program ini. Sokongan daripada masyarakat setempat sangat menggalakkan,” ujar Johnny kepada Suara Sarawak.

Menurut Johnny, sambutan memberangsangkan itu membayangkan tahap kesedaran masyarakat terhadap tanggungjawab menjaga alam sekitar yang semakin meningkat saban hari.

Apa yang menarik, setiap minyak masak terpakai yang dihantar akan ditukar dengan wang tunai iaitu RM2.90 bagi setiap kilogram.

Katanya, ini adalah kali pertama kempen seumpama ini diadakan di Bahagian Serian dan akan diteruskan di kawasan lain pada masa akan datang.

Johnny menambah, pelaksanaan kempen seperti itu amat penting kerana secara tidak langsung dapat mendidik masyarakat untuk lebih bertanggungjawab. Selain itu, ia juga meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar secara mampan.

“Kempen ini diharapkan dapat menjadi pemangkin untuk memacu perubahan positif terhadap alam sekitar agar lebih baik dan dinamik,” katanya.

Terdahulu, beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak Majlis Daerah Serian atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan.

“Pihak kita ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang dapat mengambil bahagian dalam program ini.

“Ia secara tidak langsung menyokong matlamat pembangunan mampan sekali gus memenuhi tanggungjawab sosial dan menyumbang kepada kelestarian alam sekitar,” tambah Johnny.

Katanya, esok program seumpama itu akan turut dilangsungkan di pekan Saratok, Betong.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha