CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

Kenapa pelajar kurang membaca?

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

Kajian interim tabiat membaca rakyat Malaysia 2014 of Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mendapati rakyat Malaysia membaca 15 buku setahun.

Kajian turut menunjukkan bahan bacaan pilihan rakyat Malaysia ialah majalah (62.8 peratus); akhbar (61.2 peratus); buku ilmiah (54.8 peratus); novel dan fiksyen (47 peratus); bahan dalam talian (46.4 peratus); buku bukan fiksyen (29.9 peratus); komik (25.3 peratus) dan jurnal (19.9 peratus).

Ini menyaksikan budaya membaca kalangan khalayak awam sudah berevolusi mengikut peredaran zaman terutama perkembangan teknologi penerbitan dan kebolehan menerbitkan bahan sendiri.

Bahan bacaan kini diterbitkan dalam pelbagai format dan versi selain format tradisional bercetak, termasuk elektronik, digital, web dan media sosial malah buku audio adalah format terkini dan menjadi trend terhangat di pasaran.

Tahukah anda, di pasaran terdapat pelbagai genre majalah yang dijual seperti majalah yang memaparkan teknologi, resipi masakan, automotif, dekorasi rumah, sukan, fesyen, gaya hidup, hiburan dan sebagainya.

Majalah Jadi Pilihan

Pengaruh gambar serta maklumat yang ditampilkan mungkin menyebabkan majalah menjadi pilihan tertinggi pembaca tanpa mengira usia.

Meskipun demikian, ramai yang masih kurang minat suka membaca sehingga menganggap membaca itu satu benda yang membosankan.

Baca lain  Tali barut mudahkan Pati bolosi jalan tikus

Dalam hal ini ini, penulis berpendapat, antara penyumbangnya kerana masyarakat sudah didedahkan dengan telefon pintar atau gajet oleh ibu bapa atau ahli keluarga sejak usia muda berbanding buku.

Kita tidak dapat salah teknologi, kerana teknologi sentiasa bertambah maju seiring peredaran zaman.

Namun, jika berkunjung ke gedung beli-belah atau di depan khalayak ramai, semua kanak- kanak pasti sudah mempunyai telefon pintar di tangan bahkan, khusyuk bermain telefon daripada membaca buku!

Mendedahkan anak-anak sejak usia muda dengan gajet ini boleh dikatakan menambah kurangnya minat pelajar dengan aktiviti membaca dan trend pelajar diberi telefon pintar atau gadjet oleh ibu bapa atau ahli keluarga juga bukan baharu.

Memetik sumber daripada laporan akhbar nasional dalam talian pada 1 September 2016, antara sebab sikap malas membaca berlaku, kerana berpunca daripada sikap malas pelajar itu sendiri.

Ini berlaku kerana dia menganggap membaca sebagai satu aktiviti yang tidak menyeronokkan dan membosankan.

Tiada Teguran

Faktor seterusnya, sikap keluarga. Tiada teguran ibu bapa terhadap sikap anak yang kurang membaca menyebabkan budaya membaca tidak wujud dalam keluarga.

Baca lain  Status S'wak tidak berubah tanpa perkataan 'Pursuant to MA63'

Bahan bacaan untuk anak juga jarang dibeli oleh ibu bapa. Yang lebih mendukacitakan ialah ibu bapa sendiri tidak mengamalkan budaya membaca ketika berada di rumah.

Laporan itu mendedah lagi, faktor lain kerana individu berkenaan lebih minat menonton televisyen.

Ramai pelajar lebih cenderung untuk menonton rancangan televisyen daripada membaca apabila ada masa lapang.

Pelajar suka menonton rancangan hiburan yang kurang berfaedah. Pelajar hanya membaca apabila menjelang hari peperiksaan sahaja.

Pengaruh rakan sebaya juga menyumbang kepada individu malas membaca.

Rasionalnya, pelajar kurang membaca apabila berkawan dengan rakan kurang membaca.

Namun tidak semua mengalami situasi ini kerana, ada juga pelajar suka membaca meskipun berkawan dengan mereka yang kurang gembar membaca.

Lazimnya, pelajar yang kurang membaca lebih suka menghabiskan masa lapang dengan melepak atau melakukan perkara yang tidak berfaedah.

Pelajar yang kurang membaca juga cenderung menghabiskan masa lapang mereka dengan bermain.

Laporan berkenaan turut menyatakan sikap pihak sekolah turut memain peranan iaitu, pihak sekolah kurang memberi kesedaran kepada pelajar tentang kebaikan membaca.

Kempen Membaca

Baca lain  Bertoleransi tangani masalah rumah tangga

Tiada atau langsung tiada kempen membaca dijalankan di sekolah.

Selain itu, pengetua dan guru-guru sendiri kurang menunjukkan sikap rajin membaca, justeru pelajar tidak mendapat contoh baik untuk diteladani.

Laporan sebuah sebuah akhbar nasional pada 23 September 2015, menyatakan Artikel ‘Budaya Ilmu dalam Kalangan Rakyat Malaysia’ oleh Salim Md Zain dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjelaskan, purata jumlah buku dibaca mahasiswa negara ini jauh ketinggalan berbanding negara lain.

Berdasarkan kajian, direkodkan jumlah buku dibaca pelajar Australia ialah 180 buku, Indonesia 94, India 130, Thailand 56 dan Brunei 26 buku dalam tempoh setahun.

Sementara itu, pensyarah Jabatan Media Universiti Malaya (UM), Dr Abu Hassan Hasbullah menjalankan kajian dengan membandingkan tabiat membaca antara pensyarah dengan penuntut.

Kajian itu menggambarkan mahasiswa Malaysia hanya membaca empat buku setahun manakala pensyarah pula didapati membaca 20 buku untuk tiga tahun pengajian bersamaan enam semester.

Di manakah silapnya jika remaja khususnya pelajar kurang berminat membaca apatah lagi mendapatkan bahan bacaan?

Kurang minat membaca buku bukanlah salah sesiapa kerana ia bergantung kepada individu itu sendiri.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Bijak hidu peluang

SABAN tahun ribuan pelajar di seluruh Malaysia mendapat keputusan cemerlang

Tunggu Kyiv masuk Nato

PEGAWAI tinggi North Atlantic Treaty Organisaton (Nato) pernah mengatakan: “Bukan

Awasi jerat penipu

SEKITAR awal pagi Selasa lepas, saya menerima panggilan daripada seseorang.

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru