ARTIKEL

Kenya Berjaga-jaga Susulan Wabak Virus Marburg Di Ethiopia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NAIROBI: Kenya pada Selasa memaklumkan bahawa pihak berkuasa kesihatannya kini berada pada tahap berjaga-jaga selepas tiga kematian berkaitan penyakit Virus Marburg (MVD) dilaporkan di negara jirannya, Ethiopia, lapor Xinhua.

Institut Kesihatan Awam Kebangsaan Kenya (KNPHI) berkata walaupun tiada kes dikesan di Kenya setakat ini, risiko penularan tetap tinggi berikutan pergerakan keluar masuk yang besar dari Ethiopia melalui lapangan terbang antarabangsa dan pintu sempadan darat. 

Keadaan itu menjadikan potensi kemasukan virus sebagai isu kesihatan awam serius yang perlu ditangani segera.
“Memandangkan kadar kematian penyakit MVD yang tinggi, pihak pentadbiran daerah digesa memperkukuh langkah pencegahan bagi melindungi kesihatan rakyat,” menurut nasihat KNPHI yang dikeluarkan di Nairobi.

Institut itu turut menggesa daerah-daerah meningkatkan kesedaran dalam kalangan petugas kesihatan mengenai definisi standard bagi kes demam berdarah virus, selain memperkukuh pemantauan di pintu masuk negara, fasiliti kesihatan dan komuniti bagi memastikan kes disyaki dapat dikesan dan dilaporkan dengan pantas.

Nasihat berkenaan dikeluarkan susulan pengesahan Kementerian Kesihatan Ethiopia mengenai wabak MVD di Jinka, di wilayah selatan negara itu — yang pertama dilaporkan di Ethiopia.

Menurut KNPHI, wabak dan kes sporadik MVD sebelum ini pernah berlaku di beberapa negara Afrika termasuk Angola, Republik Demokratik Congo, Ghana, Kenya, Equatorial Guinea, Rwanda, Afrika Selatan, Tanzania dan Uganda.
– BERNAMA-XINHUA

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan