ARTIKEL

Kenyalang Gold Card manfaatkan golongan berumur 60 tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Sebanyak 526,000 warga emas di Sarawak dapat menikmati faedah daripada Kenyalang Gold Card yang bakal diperkenalkan Kerajaan Sarawak bermula 2020.

Seterusnya kad yang mendapat kelulusan kabinet Sarawak di bawah Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ini akan memberi faedah kepada 16 peratus warga emas Sarawak menjelang 2030.

Kad ini turut memberi manfaat dari segi mendapatkan rawatan di hospital atau klinik kerajaan mahupun swasta.

Ia turut berfungsi menyediakan perlindungan insurans, tawaran istimewa, diskaun bagi perkhidmatan kesihatan, pengangkutan awam dan barang keperluan, selain bantuan khairat kematian sebanyak RM3,000.

Sarawak merupakan negeri pertama melaksanakan program ini bertujuan melahirkan budaya masyarakat penyayang sesuai dengan slogan “Hidup Bermula Pada 60”.

 

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha