ARTIKEL

Kepentingan keabsahan tujuh langkah tingkat kesejahteraan guru

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pekeliling rasmi tentang pelaksanaan tujuh langkah segera ke arah kesejahteraan guru amat penting sebagai keabsahan arahan, dan bukannnya melalui kenyataan media sahaja.

Demikian tegas Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU) Kullin Djayang yang berkata, kenyataan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkaitan inisiatif meringankan beban tugas guru dilihat sebagai tindakan drastik.

Bahkan menurutnya sangat prihatin dengan luahan hati warga pendidik.

KULLIN DJAYANG

“Kenyataan media tidak memadai, arahan tersebut sebaliknya mesti disusuli dengan pindaan undang-undang dan semakan surat pekeliling agar tidak hanya tertakluk kepada arahan menteri semasa semata-mata.

“Sudah pasti pekeliling rasmi akan menjadi arahan jelas kepada semua pihak sama ada guru, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mahupun KPM sendiri pada masa akan datang, tanpa mengira pertukaran menteri atau kerajaan yang memerintah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya lagi, arahan serta surat pekeliling tersebut juga harus lengkap dengan perincian yang jelas.

“Misalnya penangguhan majlis yang tidak memberi impak kepada bidang pendidikan. Sejauh manakah program tersebut memberi impak besar atau tidak jika tiada perincian yang jelas tentang itu.

“Maka perkara ini akan lebih menyulitkan untuk menilai bentuk penganjuran majlis di sekolah.

“Bagaimanapun, STU berterima kasih kepada Fadhlina atas keprihatinan dengan langkah segera ke arah kesejahteraan guru,” ujarnya.

Jumaat lalu, Fadhlina dalam kenyataan menyatakan fokusnya dalam isu kebajikan termasuk tekanan yang dihadapi para guru.

Selari dengan itu, KPM bersetuju melaksanakan langkah segera hasil laporan awal yang diterima terutamanya melibatkan pemansuhan sebarang bentuk pertandingan, sambutan atau majlis di semua peringkat yang tidak memberikan impak besar terhadap pembelajaran
murid.

Selain terdapat enam langkah lain yang turut dilaksanakan pada sesi persekolahan 2023/2024.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU

Dul Jaelani sertai ITOK FEST

TEKA-TEKI mengenal artis Indonesia yang bakal menyertai barisan penghibur ITOK FEST akhirnya terjawab apabila penyanyi dan pemuzik Abdul Qodir Jaelani, yang lebih dikenali sebagai Dul

Pencapaian penulis PUTERA

DALAM konteks perkembangan sastera di Sarawak, Hadiah Sastera Sarawak (HSS) memainkan peranan penting sebagai wadah pengiktirafan terhadap ketekunan, kreativiti dan sumbangan para penulis tempatan. Sebelum