ARTIKEL

Kepercayaan agama cegah perkara buruk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEBAGAI anak Sarawak, saya bangga tinggal di negeri ini yang penduduknya hidup penuh keharmonian dan saling hormat-menghormati.

Keadaan penuh harmoni ini membolehkan setiap daripada kita bebas mengamalkan agama dan budaya masing-masing.

Bagaimanapun, terdapat pihak tertentu kerap memfokuskan kritikan terhadap beberapa aspek kepercayaan masyarakat Islam di Malaysia.

Ada beberapa amalan kerap dikritik kerana dikatakan sudah tidak lagi relevan dalam dunia menuju abad ke-22 dan didakwa perlu dirombak, dipinda serta mungkin dimansuh terus bagi menjaga keharmonian kita bersama.

Lebih menyedihkan, ada dalam kalangan kita sanggup memperlekeh atau mempersenda kepercayaan atau amalan yang dituntut agama.

Di media sosial sejak akhir-akhir ini kita melihat selebriti lelaki berlaku curang terhadap isteri dan tidak kurang juga yang berpoligami.

Amalan ini biasanya menjadi bualan hangat sehingga mengundang cemuhan masyarakat.

Semua kritikan ke atas amalan poligami yang membenarkan seorang lelaki menikahi sehingga empat wanita serentak, cenderung mengatakan amalan ini kejam kepada wanita.

Realitinya, poligami bukan dimulakan oleh ajaran Islam — tetapi sebenarnya kesinambungan daripada masyarakat Arab zaman Rasulullah S.A.W yang sudah diamalkan dengan Islam hadir memberikan kekangan atau panduan bagaimana hendak berpoligami dengan baik.

Syarat utama poligami adalah untuk seorang lelaki mampu berlaku adil kepada setiap isteri.

Secara realistik, majoriti lelaki tidak dapat melakukannya dengan Rasulullah S.A.W sendiri bimbang boleh berlaku adil atau tidak kepada setiap isteri Baginda.

Kenapa poligami diketawakan?

Semuanya berpunca daripada tindakan lelaki yang tergamak berkahwin dua, tiga atau empat tetapi akhirnya gagal menjalankan tanggungjawab dia kepada semua isterinya secara saksama.

Untuk diharamkan terus, jelas tidak adil pula kepada wanita — kerana bukan semua wanita tidak mahu dimadukan dan tidak juga semua tidak mahu menjadi isteri kedua.

Perkahwinan

Selain itu, perkahwinan kerana zina adalah antara polemik yang cukup sukar diperhalusi, apatah lagi dalam zaman yang perlakuan seks secara terbuka antara lelaki dengan wanita dipromosikan tanpa perlunya ikatan pernikahan.

Media kita yang berarah haluan barat melihat perkara ini sebagai satu benda mudah — sekiranya dua orang sudah bersetuju untuk bersetubuh, kenapa kita perlu menghalang mereka?

Kenapa perlu kita nikahkan dulu kedua-duanya?

Pihak yang menentang tidak nampak kenapa Islam mengarahkan atau mewajibkan pasangan yang berzina untuk menikah, kerana bagi mereka perbuatan seks itu keperluan biasa manusia.

Mereka gagal melihat bahawa ‘perkahwinan selepas zina’ itu merupakan satu tanggungjawab yang berat dan perlu dipikul pasangan, yang memilih untuk sama-sama berzina.

Bukan sahaja isu poligami atau perkahwinan selepas zina, banyak pihak memperlekeh masyarakat Islam yang sensitif dengan anjing.

Orang yang takut dengan anjing dikatakan tidak rasional.

Memang tidak dapat dinafikan, dalam kalangan masyarakat Islam sendiri ada kekeliruan berkaitan isu ini, namun rangkanya jelas — anjing dalam keadaan basah, perlu disertu (dicuci dengan air tanah) manamana bahagian badan kita dan permukaan yang terkena anjing.

Orang yang mentertawakan perkara ini gagal melihat aspek tidak ada individu beragama Islam yang mahu setiap hari dia perlu mandi dengan air tanah, hanya kerana membela anjing.

Selain itu, hukum hudud menjadi isu paling sensitif kerana melibatkan perundangan negara.

Kita sering mempertikai keberkesanan undang-undang yang kita pakai.

Kenapa jenayah masih berleluasa?

Kenapa pencuri masih berani mencuri dan kenapa perompak, perasuah, penyakau dan sebagainya seakan-akan kebal daripada disentuh penguat kuasa? Kita tidak ada jawapannya.

Realitinya, hudud juga bukan jawapannya selagi masyarakat kita masih dalam pemikiran sekarang.

Tetapi hudud harus dilihat sebagai satu konteks undangundang pencegahan, bukan undang-undang bersifat menghukum.

Undang-undang harus efektif mencegah dan mengubati, bukan hanya bijak menghakimi dan menghukum.

Seorang pencuri yang didapati bersalah akan dipotong tangannya atau didenda, dipenjarakan, mengikut nilai curiannya.

Mana yang anda rasakan lebih berkesan untuk menaikkan kadar pencegahan?

Pakaian

Tinggal dalam negara beriklim khatulistiwa, dengan cuaca panas berbahang dan lembap, ada yang pelik kenapa individu Muslim terus mengenakan pakaian yang jelas tidak sesuai dengan iklim kita.

Yang lelaki terus mengenakan seluar panjang, yang perempuan pula berselubung menutup kepala.

Tidakkah lebih selesa sekiranya individu Muslim memakai seluar pendek dan wanitanya memakai pakaian yang lebih mendedahkan kulit mereka, biar angin menyapu tubuh sepoi-sepoi bahasa?

Memang secara praktikalnya akan kelihatan begitu.

Tetapi seorang Muslim yang baik melihat corak pemakaian sebegitu sebenarnya lebih mendedahkan kita kepada pelbagai perkara buruk yang ada, seperti matamata merayap.

Setakat bahang matahari, apalah sangat kesannya.

Sudah menjadi tanggungjawab seorang Muslim khususnya wanita, untuk tidak menjadi fokus mata orang lain, menarik perhatian orang kepada tubuhnya.

BERITA LAIN

Kita saling mengingati

PADA minggu depan minggu terakhir 20 pelatih universiti akan menamatkan latihan industri di organisasi kami. Sesungguhnya kami berbangga kerana menjadi pilihan universiti meletakkan pelajar mereka

Affandi Tahir, rakam sejarah melalui pita

BELIAU bukan seorang penyanyi. Beliau juga bukan seorang pelakon. Tetapi namanya cukup popular suatu ketika dahulu. Bukan hanya kerana ketampanannya, tetapi kerana beliau penyiar radio

Telus, sahih dan tepat

SEBELUM ada komputer dan telefon bimbit canggih seperti hari ini, wartawan bergantung kepada komputer di pejabat untuk menulis berita. Dan biasanya wartawan hanya akan berada

Ketagih subsidi

ISU berkaitan subsidi kembali hangat diperkatakan. Adakah pemberian subsidi sesuatu yang harus terus diamalkan ketika beban hutang negara semakin membengkak? Bagaimanakah reaksi rakyat apabila subsidi

Tragedi dunia maya Si Kucing Gendut

FAT Cat, 21, atau nama sebenarnya Liu Jie, selebriti dunia gamer – permainan popular Honour of Kings – namanya tiba-tiba melonjak di dunia maya khususnya

Zaman makin canggih, adab makin mundur

KETIKA masih kanak-kanak atau zaman sekolah sekitar tahun 90-an atau awal 2000, kita amat menghormati orang lebih tua terutama ibu bapa. Ini kerana kebanyakan kita

BERITA TERBARU