ARTIKEL

Kepimpinan GPS contoh terbaik kerana ‘mesra’ Putrajaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SPINANG: Kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menjadi contoh terbaik semua Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) agar bersifat ‘mesra’ di Putrajaya.

Ahli Parlimen Batang Lupar Dato’ Sri Rohani Abdul Karim memberitahu, Abang Johari seorang pemimpin yang prihatin sekaligus menjadi contoh yang banyak membimbing wakil dari Sarawak.

“Dia selalu mengingatkan kami agar tidak bermusuh walaupun GPS tidak memihak kepada Kerajaan Pusat yang dipegang Pakatan Harapan (PH)… tetapi kami perlu bersikap mesra.

“Ada masa kita berlawan, dan ada masa juga kita berterima kasih. Hal ini kerana ada juga agenda-agenda Kerajaan Pusat yang memberi manfaat kepada Sarawak dan mereka (PH) mesti membantu kita sebagai sebahagian anggota dalam Malaysia,” katanya.

Beliau bercakap demikian ketika merasmikan Ziarah Rohani dan Majlis Agihan Sumbangan serta Bubur Lambuk anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Batang Lupar di Masjid Nurul Hidayah, semalam.

Jelasnya, sebab itu dalam isu pindaan perlembagaan pada 9 April lalu, semua wakil rakyat GPS bertindak berkecuali untuk tidak mengundi, bukannya menentang.

Beliau dalam pada itu menagih masyarakat di peringkat akar umbi untuk terus memperkuatkan perpaduan lebih-lebih lagi dalam kemuliaan Ramadan.

Katanya lagi, bagi pemimpin yang dilantik pula, apa jua rancangan pembangunan untuk kampung perlu dibincang.

“Walau bagaimanapun kerajaan akan menilai dan memberikan keutamaan terhadap keperluan mendesak rakyat.

“Saya yakin Abang Johari amat peka dengan kehendak rakyat,” ujarnya.

Beliau dalam pada itu berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada 69 asnaf dan warga emas di Kampung Spinang termasuk mengagihkan 150 bungkusan bubur lambuk.

Selepas itu, Rohani meluangkan masa untuk melakukan ziarah ke atas dua penduduk yang sakit dan memerlukan bantuan.

Hadir Pegawai Tadbir di Pejabat Daerah Pusa Iszarul Japar dan Ketua Kampung Spinang Musa Zain.

 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke