ARTIKEL

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penangguhan Regata Sejijak 2026 di Jeti Utama Kampung Sejijak. Foto | RAMIDI SUBARI

Keputusan PRN Johor manifestasi suara rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu dihormati sebagai manifestasi suara rakyat dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof.

Beliau berkata, semua pihak perlu menerima keputusan tersebut secara terbuka dan memberi tumpuan kepada usaha memastikan kerajaan yang dipilih mampu mentadbir negeri dengan berkesan demi kesejahteraan rakyat.

Menurut beliau, kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan amat penting kerana pembangunan sesebuah negeri akan turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penangguhan Regata Sejijak 2026 di Jeti Utama Kampung Sejijak, di sini, hari ini.

Mengulas sama ada keputusan PRN Johor merupakan tamparan kepada Pakatan Harapan (PH) atau Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fadillah enggan membuat sebarang analisis politik.

Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa keutamaan semua pihak ketika ini ialah menghormati mandat rakyat dan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara serta rakyat tanpa mengira keputusan pilihan raya.

Pada PRN Johor Ke-16, Barisan Nasional (BN) mengekalkan mandat mentadbir negeri selepas memenangi 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). UMNO memenangi 33 kerusi, MCA (11) dan MIC (4).

Pakatan Harapan (PH) pula memperoleh lapan kerusi dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) memenangi enam kerusi, manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) masing-masing memenangi satu kerusi.

-TAMAT-

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah