ARTIKEL

Kerah tentera kawal rumah panjang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) sememangnya menggerakkan pasukan tentera untuk membantu polis terutama di kawasan rumah panjang di Sibu.
Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, di bawah perintah darurat pihak tentera dibenarkan untuk menjalankan penguatkusaan sama seperti polis.
“Jadi, kita akan menggerakkan tentera untuk membantu polis. Kita juga telah mengarahkan ketua kaum dan tuai rumah memainkan peranan masing-masing,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian penduduk rumah panjang yang meloloskan diri daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sibu melalui kawasan hutan apabila polis memberitahu sumber tenaga tidak mencukupi.
Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri menegaskan, beliau telah berbincang dengan Adun Nangka Dr Annuar Rapaee  yang menggendalikan keadaan di Sibu serta memandang berat isu berkenaan.
“Jadi, esok (hari ini) dalam mesyuarat JPBN, kita akan membincangkan perkara ini dengan melibatkan Pesuruhjaya Polis dan tentera.
“Kita menutup kawasan terlibat agar tiada penduduk yang bebas bergerak,” jelasnya.
Meskipun demikian tegasnya, terdapat penduduk rumah panjang yang cuba lolos dan tindakan itu sangat tidak bertanggungjawab.
“Jangan risau kerana kita turut menghulurkan bantuan makanan kepada penduduk yang terjejas,” ujarnya

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha