ARTIKEL

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim | BERNAMA

Kerajaan dukung titah Sultan Ibrahim mahu lihat tadbir urus negara yang baik – PM Anwar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI mendukung sepenuhnya dan mengalu-alukan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sebelum ini yang ingin melihat negara meneruskan tadbir urus yang baik, telus, pemacuan ekonomi yang mampan serta memberi sepenuh perhatian kepada usaha meningkatkan darjat hidup rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu juga merupakan hasrat jutaan rakyat Malaysia yang ingin terus melihat kestabilan negara demi kemakmuran dan kesejahteraan serta peluang dan masa hadapan yang lebih baik untuk semua.

“Lantaran itu, mari bersama kita raikan permulaan tampuk pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Pada masa sama, Anwar berkata kerajaan senada dengan rakyat turut memanjat syukur serta menjunjung kasih atas pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Sesungguhnya, pandangan jauh lagi berwawasan yang dizahirkan oleh Duli Tuanku menerusi peranan penting Baginda sebagai Raja Berperlembagaan telah memungkinkan kestabilan politik, sosial dan ekonomi seperti yang kita nikmati dan saksikan pada hari ini,” kata Anwar. – BERNAMA

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya