ARTIKEL

Fahmi Fadzil

Kerajaan Henti Serta-merta Perolehan Peralatan Pertahanan Baharu Dari Norway – Fahmi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengambil keputusan untuk menghentikan serta-merta sebarang perolehan peralatan atau kelengkapan pertahanan baharu dari Norway, kata jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini setelah meneliti isu terkini tindakan negara itu dalam membatalkan lesen eksport peluru berpandu yang sepatutnya dilengkapkan pada kapal Littoral Combat Ship (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Kementerian Pertahanan menghentikan serta-merta sebarang perolehan peralatan atau kelengkapan pertahanan baharu dari Norway,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, kerajaan Norway dilaporkan membatalkan lesen eksport Naval Strike Missile (NSM)  untuk Kapal Tempur Pesisir (LCS) kepada Malaysia atas alasan melindungi kepentingan keselamatan negara berkenaan.

Susulan itu, Kementerian Pertahanan (MINDEF) menghantar notis tuntutan bernilai kira-kira RM1 bilion kepada syarikat pertahanan terbabit berikutan pembatalan kontrak perolehan NSM.

MINDEF turut mengenal pasti empat negara yang berpotensi membekalkan sistem peluru berpandu antikapal bagi projek LCS susulan pembatalan itu.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha