ARTIKEL

Kerajaan kutip duti eksais RM73.81 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengutip duti eksais ke atas minuman bergula (SSB) sebanyak RM73.81 juta dari Januari sehingga November 2025, menjadikan jumlah keseluruhan hasil duti eksais ke atas SSB sebanyak RM521.35 juta, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

MoF memaklumkan kesemua hasil ini dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan, seiring dengan Perkara 97 Perlembagaan Persekutuan.

“Pengenaan duti eksais ke atas SSB berkuat kuasa 1 Julai, 2019 pada kadar 40 sen seliter berdasarkan nilai ambang kandungan gula yang ditetapkan dan kemudiannya dinaikkan kepada 50 sen seliter mulai 1 Jan, 2024 dan terkini kepada 90 sen seliter mulai 1 Jan, 2025.

“Kenaikan kadar ini merupakan antara langkah kerajaan untuk mengurangkan pengambilan minuman tinggi gula dalam kalangan rakyat Malaysia serta menyokong kempen War on Sugar yang dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” menurut macu strategi jangka panjang pada sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat di sini.

Kementerian itu menjawab secara bertulis pertanyaan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) mengenai jumlah SSB yang dikutip dan setakat mana kutipan ini disalurkan kepada pembekalan ubat diabetes dan pelestarian Program Dialisis Peritoneal.

Dalam pada itu, MoF berkata kerajaan juga menyalurkan sebanyak RM25 juta daripada kutipan duti eksais ke atas SSB kepada KKM bagi melaksanakan program advokasi War on Sugar dengan pembelian ubat SGLT-2 .

“Ia bertujuan untuk merawat pesakit Diabetes Mellitus dan menyediakan kemudahan Dialisis Peritoneal untuk merawat pesakit buah pinggang tahap akhir, selaras dengan komitmen kerajaan melalui Belanjawan 2025,” tambahnya. — BERNAMA

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai