ARTIKEL

Kerajaan laksana subsidi tiket penerbangan ke Sabah, Sarawak 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan akan melaksanakan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan sehala bagi laluan-laluan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah atau Sarawak, bermula 19 Mei ini.

Bantuan tersebut disalurkan sempena Pesta Kaamatan yang akan disambut pada 30 Mei dan Hari Gawai pada 1 Jun.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kementeriannya telah berunding dengan syarikat penerbangan untuk program perintis iaitu kerajaan akan membeli semua baki tiket penerbangan sehala.

“Semua baki tiket itu dibeli bagi penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak dan Sabah tidak termasuk cukai dan yuran, sebelum kedua-dua perayaan itu.  

“Harga tiket penerbangan sehala bagi setiap penumpang bagi laluan domestik yang menghubungkan Semenanjung Malaysia dengan Sarawak dan Sabah akan ditetapkan maksimum RM300 atau mengikut tambang sebenar jika harga tiket kurang daripada RM300,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menjelas lanjut katanya, setakat 17 Mei 2023, baki tiket penerbangan antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak adalah sebanyak 17,708 tiket penerbangan.

“Dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dari 27 hingga 29 Mei, terdapat 8,903 penerbangan yang tersedia, dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak dari 29 hingga 31 Mei, 8,805 penerbangan disediakan,” tambahnya.

BERITA LAIN

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan

BERITA TERBARU

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan