ARTIKEL

Kerajaan MADANI berkhidmat untuk semua kaum di Malaysia – PM Anwar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan MADANI memberi layanan yang sama kepada semua kaum meskipun mereka hanyalah minoriti di negara ini.

Beliau berkata, Kerajaan Perpaduan tidak akan bertolak ansur dalam menjadikan Malaysia sebagai negara hebat yang mempunyai pelbagai kaum dan agama.

“Tiada ruginya pun, semalam saya ada perhimpunan Islam yang besar, berpuluh-puluh ribu orang di Perlis. Hari ini saya meraikan Vaisakhi, itu tidak bertentangan kerana sementara kita bawa semangat agama masing-masing, kita mesti bawa sifat kemanusiaan.

“Antara teras dalam konsep MADANI ialah ihsan, kemanusiaan dan kita harus berusaha untuk mencapainya,” kata beliau ketika berucap di Rumah Terbuka Hari Vaisakhi Negeri Perak 2024 di Stadium Indera Mulia hari ini.

Anwar juga berkata, beliau telah meluluskan peruntukan RM200,000 untuk kebajikan komuniti Sikh di Perak. 
Perdana Menteri, yang akan ke Kedah selepas majlis itu, berkata beliau berkhidmat untuk setiap rakyat Malaysia meskipun ia negeri pembangkang.

“Saya dah cover Kelantan, Perlis, petang ini di Kedah dengan Menteri Besar dan kerajaan negeri untuk melihat masalah air, tebatan banjir serta kemiskinan.

Baca lain  MOTAC lancar pelan pemulihan pelancongan, kebudayaan - Nancy Shukri

“Apabila saya sebut miskin, saya tak kira kaum dan di negeri-negeri di mana ada kemiskinan tegar, saya kata kita mesti bantu dan saya tak mahu kita izinkan ini berlaku,” katanya.

Anwar juga berkata, terdapat sebilangan kecil puak minoriti dalam kalangan masyarakat yang mula menyemai benih perpecahan dan sikap tidak bertoleransi, namun Malaysia harus mengekalkan identitinya.

Beliau berkata, meskipun Bumiputera Melayu adalah majoriti, Islam agama persekutuan bersama-sama Bahasa Melayu dan Raja-Raja, namun negara ini harus tegas dalam memelihara serta melindungi hak setiap rakyat Malaysia.

Bernama

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

BERITA TERBARU