Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan bahawa Kerajaan Perpaduan akan terus mempertahankan kebebasan badan kehakiman negara walau apa jua pun.
Beliau juga menolak dakwaan bahawa cabang eksekutif mengganggu proses badan kehakiman.
“Tiada sekelumit kebenaran pun dalam dakwaan keji ini, yang kini diulang-ulang di media sosial.
“Biar saya ulang apa yang telah saya katakan sebelum ini, sebagai Perdana Menteri, saya bukan sahaja tidak mencampuri walau sedikit pun kuasa badan kehakiman, malah saya akan mempertahankan, walau apa cara sekalipun, kebebasan badan kehakiman,” katanya.
Berita lanjut menyusul di https://suarasarawak.my.



