ARTIKEL

Para penerima merakam kenangan bersama-sama selepas menerima geran pada Majlis Penyerahan Geran Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) 2026, di sini hari ini. FOTO: GHAZALI BUJANG

Kerajaan peruntuk RM6.1 juta perkasa kesatuan sekerja seluruh negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM6.1 juta bagi pelaksanaan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) 2026 sebagai usaha memperkasa peranan kesatuan sekerja di seluruh negara.

Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia, Anita Ahmad berkata, daripada jumlah itu, RM3.5 juta diperuntukkan sebagai geran kepada kesatuan sekerja, manakala RM2.6 juta lagi bagi pelaksanaan Program Jangkauan (Outreach Programme) dan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Menurut beliau, PHEKS merupakan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh institusi kesatuan sekerja sebagai rakan strategik pembangunan negara.

Anita Ahmad (paling kiri) dan Datuk Azman (dua kanan) menyerahkan geran kepada penerima pada Majlis Penyerahan Geran Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) 2026, di sini hari ini.

“Inisiatif ini bertujuan memperkasa aspek kepimpinan, tadbir urus dan pengurusan kewangan. Pada masa yang sama, ia membantu meningkatkan keupayaan kesatuan sekerja dalam melindungi hak serta kebajikan pekerja.

“Kesatuan sekerja yang kukuh dan berwibawa bukan sahaja memberi manfaat kepada ahlinya, malah turut menyumbang kepada kemampanan perusahaan dan kemajuan ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Rasmi Penyerahan Geran Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) 2026 Sarawak di sini, hari ini.

Tambah beliau, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja menerima 895 permohonan geran dari seluruh negara pada tahun ini.

“Selepas melalui proses penilaian, sebanyak 386 permohonan diluluskan. Daripada jumlah itu, 245 geran diluluskan bagi kluster latihan dan program pendidikan. Selain itu, enam geran diluluskan bagi kluster kajian berkaitan pergerakan kesatuan sekerja.

“Sebanyak 122 geran lagi diperuntukkan bagi kluster pembelian dan pemerkasaan komputer, manakala 13 geran melibatkan kluster pendigitalan rekod dan urusan kesatuan sekerja,” ujarnya.

Justeru itu, beliau berharap geran yang disalurkan dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi meningkatkan kepimpinan, memperkasakan tadbir urus organisasi dan menjaga kebajikan pekerja.

BERITA LAIN

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan

BERITA TERBARU